Terbuka AS: Nishikori Singkir Murray

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 8:29 AM

Murray bersalaman dengan Nishikori sejurus tamat permainan.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Britain Andy Murray tersingkir awal pada kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas tewas kepada Kei Nishikori dari Jepun 1-6 6-4 4-6 6-1 7-5 pada aksi suku akhir, pagi Khamis.

Murray, 29, yang juga pemain pilihan kedua kejohanan mendahului dengan dua set sebelum tewas kapada Nishikori dalam aksi penuh epik selama tiga jam 57 minit. 

Nishikori akan bertemu sama ada Juan Martin del Porto atau Stan Wawrinka di separuh akhir.

"Amat seronok beraksi di gelanggang ini, tetapi saya cuba kekal tenang. 

"Pada awal permainan saya tidak bermula dengan baik. Dia (Murray) membalas pukulan dengan cemerlang tetapi saya dapat menamatkan permainan ini dengan kemenangan.

"Hujan yang turun banyak membantu saya mengubah taktik permainan. Saya cuba membalas beberapa pukulan pendek berbanding kebiasaannya pada hari ini dan ia nampaknya berkesan,” kata Nishikori.

Kekalahan itu menyebabkan hasrat Murray untuk menjadi pemain keempat sejak 1968 untuk mara ke final dalam empat kejohanan pada tahun yang sama selepas muncul naib juara pada Terbuka Australia dan Terbuka Perancis serta dinobatkan juara Wimbledon tidak kesampaian kali ini.

Tags / Kata Kunci: Terbuka AS , Andy Murray , Kei Nishikori

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan