Empat Pemain Malaysia Mara Ke Suku Akhir Masters Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 11:40 PM

Goh Jin Wei

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat pemain Malaysia termasuk beregu 'bidan terjun' mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Masters Indonesia di Arena Dome, Kalimantan Timur Khamis.

Mengetuai cabaran negara ke pusingan itu ialah juara remaja dunia, Goh Jin Wei yang menewaskan pemain Indonesia, Desandha Vegarani Putri 21-17, 21-10 di pusingan kedua perseorangan wanita, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Pasangan 'bidan terjun', Amelia Ririn dari Indonesia dan Anna Cheong Ching Yik dari Malaysia, turut mengesahkan tempat ke suku akhir selepas mengalahkan beregu Indonesia, Ade Magnifiro Khasanah-Fitria Ayu Nawangwulan 21-8, 21-11.

Gandingan beregu campuran kedua negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga mara ke suku akhir selepas mengatasi pasangan Indonesia, Afiat Yuris Wirawan-Nadya Melati 18-21, 22-20 dan 21-16 dalam masa 67 minit pertarungan.

Dalam acara beregu lelaki, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen menjadi satu-satunya wakil negara di suku akhir selepas dua lagi pasangan Malaysia tumpas kepada lawan masing-masing di pusingan kedua.

Pasangan Chooi-Low, bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Yohanes Rendy Sugiarto-Afiat Yuris Wirawan dari Indonesia 21-15, 16-21 dan 21-13.

Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki, bagaimanapun berakhir selepas kesemua empat pemain tumpas kepada lawan masing-masing.

Pemain pelapis negara, Goh Soon Huat yang merupakan pemain pilihan ke-13, adalah pemain terbaik dalam kalangan wakil Malaysia, apabila mara ke pusingan ketiga sebelum tewas 18-21 dan 14-21 kepada pemain pilihan utama, Wei Nan dari Hong Kong.

Terdahulu, beliau menumpaskan pemain tuan rumah, Alamsyah Yunus 21-18 dan 21-16 di pusingan kedua.

Tags / Kata Kunci: Masters Indonesia , Goh Jin Wei , suku akhir

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan