Terbuka AS: Nadal Tersingkir Di Pusingan Ke-4 - Raket | mStar

Terbuka AS: Nadal Tersingkir Di Pusingan Ke-4

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 8:24 AM

Rafael Nadal

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Perancis, Lucas Pouille meraih kemenangan terbesar dalam kariernya apabila menewaskan juara dua kali, Rafael Nadal 6-1, 2-6, 6-4, 3-6, 7-6 (8-6) dalam perlawanan pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat yang mendebarkan.

Pemain pilihan ke-24 berusia 22 tahun itu mengambil masa lebih empat jam untuk menundukkan Nadal, pemain pilihan keempat.

"Saya melakukan segala-galanya. Tidak mungkin saya dapat bermimpi lebih daripada ini," kata pemain nombor 25 dunia ini.

Pouille akan berdepan rakan senegaranya, Gael Monfils, yang menewaskan Marcos Baghdatis.

Sementara itu Jo-Wilfried Tsonga, juga dari Perancis, menyingkirkan pemain Amerika, Jack Sock.

Pemain pilihan kesembilan itu akan menentang pemenang perlawanan antara pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dan pemain British Kyle Edmund.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan