Nicol Kekal Di Ranking Ketiga Dunia PSA - Raket | mStar

Nicol Kekal Di Ranking Ketiga Dunia PSA

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 7:24 AM

Nicol David.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia dan juara dunia lapan kali, Datuk Nicol David mengekalkan kedudukan tempat ketiga dalam ranking dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) untuk bulan kedua berturut-turut.

Berdasarkan ranking dunia terkini dikeluarkan PSA dalam laman sesawang www.psaworldtour.com pada Khamis, pemain kelahiran Pulau Pinang itu mengumpul purata 1,101 mata selepas beraksi dalam 10 kejohanan, dan berada di kedudukan sama yang disandangnya bulan lalu.

Juara dunia dari Mesir, Nour El Sherbini dan pemain England, Laura Massaro juga mengekalkan kedudukan teratas dan kedua dalam ranking dunia, selepas masing-masing mengumpul purata 1,769 dan 1,510 mata.

Juara bertahan remaja dunia, Nouran Gohar dari Mesir yang menewaskan Nicol di separuh akhir dan seterusnya menjuarai Terbuka Hong Kong minggu lalu, memintas rakan senegaranya, Raneem El Welily untuk berada di kedudukan keempat dengan mengutip purata 1,069 mata.

Raneem pula turun satu anak tangga ke tempat kelima selepas mengumpul purata 967 mata.

Dua lagi pemain Malaysia - Delia Arnold dan Low Wee Wern pula mengalami nasib berbeza.

Delia turun satu anak tangga ke tempat ke-18 dengan mengumpul purata 275 mata, manakala Wee Wern kekal di posisi ke-27 selepas meraih purata 190.625 mata. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Nicol David , PSA
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan