Tan Wee Kiong Terima Insentif RM100,000

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 8:57 PM

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyampaikan insentif RM100,000 sumbangan kerajaan negeri dan badan swasta kepada Tan Wee Kiong. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pemenang pingat perak dalam acara beregu badminton Sukan Olimpik 2016 di Rio De Janeiro, Brazil, Tan Wee Kiong, pada Isnin menerima insentif RM100,000 sumbangan kerajaan negeri dan badan swasta.

Insentif itu disampaikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman kepada Tan semasa wira negara itu, bersama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, membuat kunjungan hormat kepada Musa di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, dekat sini.

Pada majlis berkenaan, Musa menyampaikan ucapan tahniah dan menzahirkan rasa bangganya terhadap Tan dan berharap lebih ramai belia di Sabah mencontohi kesungguhan serta komitmen Tan dalam melakar kejayaan besar untuk negara.

"Adalah menjadi harapan kita supaya saudara Tan ini boleh menjadi 'role model' kepada atlet muda (bahawa) kalau mahu berjaya seperti Tan mestilah rajin-rajin dan berlatih. Yang penting mesti ada kesungguhan dan dedikasi yang tinggi untuk beroleh kejayaan," katanya.

Tan turut menghadiahkan jersi serta topi yang digunakannya semasa di Sukan Olimpik Rio 2016 kepada ketua menteri selain merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Musa dan pingat perak yang dimenanginya.

Tan, anak kelahiran Johor yang berhijrah ke Tawau ketika berusia 12 tahun, berkata beliau akan kembali menjalani latihan sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan Terbuka Jepun pada pertengahan September ini.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan