Chong Wei Sedia Beraksi Dengan 'Kembar' Seiras

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 7:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyatakan kesediaan untuk beraksi bersama peminat yang mempunyai wajah seiras dengannya, Ika Syazwani.

Ika Syazwani menjadi terkenal di laman internet kerana mempunyai wajah seiras dengan pemenang tiga kali pingat perak Sukan Olimpik itu.

"Boleh," jawab pemain No.1 dunia itu ketika ditanya pihak media mengenai permintaan Ika untuk bermain dengannya.

"Jika saya ada masa, kita boleh uruskan," jelasnya selepas menerima hadiah wang tunai kejayaan di Olimpik sebanyak RM110,000 daripada syarikat perkhidmatan telekomunikasi XOX Mobile. 

Chong Wei merupakan duta kepada XOX.

Sementara itu, Ika yang merupakan pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi tumpuan di media sosial selepas perkembangan Chong Wei menjadi viral sejak akhir-akhir ini.

Gambarnya sudah menjadi viral sebelum 2013 lagi, namun dia semakin popular selepas Chong Wei memenangi pingat perak di Olimpik minggu lalu.

Menurut Ika, sehingga Selasa lalu, dia telah menerima sebanyak 4,000 permintaan untuk menjadi kawannya di Facebook.

"Jika Universiti Utara Malaysia (UUM) boleh mengatur pertemuan dengan Datuk Lee Chong Wei, sudah tentu saya sangat, sangat gembira," ujarnya yang mempunyai nenek berketurunan Cina.

Selain itu,  XOX Mobile turut menyerahkan hadiah wang tunai sebanyak RM60,000 kepada pemenang pingat perak Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Goh Liu Ying, Chan Peng Soon, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong.

Manakala pemenang pingat gangsa, Azizulhasni Awang turut menerima hadiah RM25,000.

Bagaimana pun pihak XOX Mobile enggan mendedahkan jumlah hadiah yang diberikan kepada barisan jurulatih skuad badminton ini.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Ika Syazwani

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan