Chong Wei Nafi Miliki Aset RM300 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 5:04 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada Jumaat membuat penafian memiliki aset mencecah AS$75 juta (RM300 juta) seperti yang didakwa sebuah portal thecelebritiesnetworth.com.

"Jika saya ada RM300 juta saya akan berhenti bermain badminton. Saya fikir tidak perlu bekerja hanya duduk sahaja di rumah," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian ganjaran kepada pemenang pingat perak dan gangsa pada Sukan Olimpik, Rio di sini Jumaat.

Beliau mengakui sukar bagi atlet di negara ini untuk meraih pendapatan sehingga jutaan ringgit jika dibandingkan dengan beberapa sukan terkemuka di dunia.

"Saya tak fikir atlet Malaysia boleh dapat banyak sehingga RM300 juta... nak dapat RM10 juta atau sejuta pun amat sukar kerana sukan ini (badminton) berbeza dengan bola sepak, golf dan tenis di negara lain," katanya.

Namun, pemain berusia 33 tahun itu enggan ambil peduli mengenai laporan tersebut kerana beliau mengakui lebih tahu siapa dirinya.

"Saya tak boleh halang sesiapa untuk bercakap mengenai apa sahaja. Saya kenal diri saya dan semua orang tahu atlet Malaysia boleh pergi sejauh mana," katanya.

Berdasarkan laporan portal itu, nilai kekayaan pemain No. 1 dunia itu diperolehi menerusi hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya.

Sementara itu, Sport Rich List (senarai kekayaan atlet dunia) melaporkan aset Chong Wei pada 2011 ialah sebanyak AS$267,300 (RM1.7 juta) dan meningkat kepada AS$59 juta (RM237 juta) pada 2013.

Terdahulu, Chong Wei menerima ganjaran sebanyak RM60,000 daripada syarikat telekomunikasi tempatan, XOX Mobile di atas pencapaiannya meraih pingat perak dalam aksi final perseorangan badminton di Olimpik, Rio 2016.

Malah, beliau turut menerima ganjaran sagu hati sebanyak RM50,000 kerana prestasi cemerlangnya dalam membawa jenama syarikat telekomunikasi itu.

Chong Wei merupakan duta XOX Mobile.

Turut menerima ganjaran itu adalah atlet terjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) Chan Peng Soon- Goh Liu Ying (beregu campuran) masing-masing menerima ganjaran sebanyak RM60,000 dan Azizulhasni Awang (basikal) RM25,000.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Aset , Badminton

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan