Nicol Mara Ke Suku Akhir Terbuka Hong Kong

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 10:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu squasy negara Datuk Nicol Ann David mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong 2016.  

Dalam perlawanan pusingan kedua di Pusat Squasy Hong Kong pada khamis, Nicol yang juga johan bertahan, menghadapi cabaran sengit daripada pemain New Zealand, Joelle King sebelum muncul dengan kemenangan 11-7, 7-11, 9-11, 11-8 dan 11-5. 

Nicol, pemain nombor tiga dunia, akan bertemu Camille Serme, Perancis, di suku akhir.  

Serme menempah tempatnya dalam lapan terakhir selepas mengalahkan pemain Hong Kong, Ho Tze-Lok 11-5, 11-5 dan 11-4 dalam hanya 25 minit.  

Nicol mencatat rekod kemenangan Terbuka Hong Kong sebanyak 10 kali sejak 2006.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Terbuka Hong Kong , Nicol David

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan