Olimpik: Chong Wei Singkir Lin Dan Untuk Mara Ke Final

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 8:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara , Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke perlawanan akhir Sukan Olimpik di Rio selepas menewaskan Lin Dan 15-21, 21-11, 22-20 dalam aksi separuh akhir, Jumaat malam.

Perlawanan separuh akhir Chong Wei-Lin Dan ini menjadi tumpuan dunia memandangkan kedua-dua pemain ini mempunyai misi tersendiri - untuk mara ke pentas akhir.

Kelebihan rekod kemenangan 25-11 Lin Dan ke atas Chong Wei tidak menjadikan prospek emas Olimpik negara ini sebagai penghalang untuk menewaskan pemain China yang sememangnya dianggap musuh utama di gelanggang.

Pada set pertama perlawanan, Chong Wei kelihatan sedikit gugup dengan rentak permainan Lin Dan yang lebih kemas. 

Namun, Chong Wei tampil dengan corak permainan yang lebih baik pada set kedua dengan kemenangan 21-11 sekaligus mengheret permainan hingga ke rubber-set.

Perlawanan penentuan kelihatan kedua-dua pemain lebih seimbang dan masing-masing cuba mendahului mata dan cuba mengelak melakukan kesilapan mudah.

Ketenangan dan sikap fokus Chong Wei ketika berdepan dengan kedudukan seri 20-20 memberinya kelebihan untuk mencatat dua mata akhir yang membawanya mara ke saingan akhir buat kali ketiga berturut-turut dalam aksi Sukan Olimpik.

Lebih manis, Chong Wei dapat membalas dendam tewas kepada Lin Dan dalam dua edisi Sukan Olimpik sebelum ini, di Beijing (2008) dan London (2012).

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Lin Dan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan