Isteri Yakin Peng Soon Bawa Pulang Emas Pertama Negara

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 8:12 AM

Peng Soon bersama isteri dan anak lelakinya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cham May May, isteri kepada pemain badminton negara Chan Peng Soon percaya suaminya akan pulang dari Sukan Olimpik Rio dengan pingat emas bagi acara badminton beregu campuran.

May May berkata anggota keluarga dan rakan sangat teruja dan sentiasa memantau perkembangan Peng Soon dalam pertandingan itu bersama pasangannya Goh Liu Ying.

"Saya sangat berbangga bahawa suami saya berjaya ke final dalam acara beregu campuran di Rio dan dengan itu, kemungkinan membawa pulang pingat emas pertama Malaysia masih cerah.

"Beliau sangat mengimpikan untuk menempa kejayaan di Olimpik dan sekarang hanya satu perlawanan lagi, hampir pasti. Kita berdoa semoga esok kita mendapat pingat emas pertama negara.

"Kami semua bersama-sama menyokong beliau dan tidak kira pingat apa sekalipun yang bakal dibawa pulang. Selagi beliau mencuba yang terbaik, kami semua sangat berbangga dengan beliau," kata May May.

Peng Soon, merupakan bapa kepada dua anak, Milton Chan dan Hannah Chan.

Peng Soon-Liu Ying telah mengesahkan sekurang-kurangnya pingat perak apabila mara ke final selepas mengetepikan cabaran pasangan dari China, Xu Chen-Ma Jin dengan 21-12, 21-19 dalam straight set.

Pasangan Malaysia itu akan bertemu pasangan dari Indonesia Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam final yang dijadualkan pada Rabu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan