Beregu Lelaki Ke Final

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 9:50 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasangan badminton Malaysia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya meraih tempat ke final bagi kategori beregu lelaki selepas menewaskan pasangan China, Chai Biao-Hong Wei pada perlawanan separuh akhir di Sukan Olimpik Rio sebentar tadi.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 21-18, 12-21, 21-17 selepas tiga set.

Goh dan Tan kini sudah pasti bakal menghadiahkan sekurang-kurangnya pingat perak kepada negara.

V Shem berkata walaupun pingat perak berada dalam genggaman, mereka ingin menyasarkan emas dan kini akan memberikan fokus terhadap final.

"Kami mempunyai pingat dalam tangan tetapi kami mahukan emas," katanya.

V Shem-Wee Kiong menjadi beregu lelaki pertama Malaysia mendapat tempat di final selepas Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock memenangi perak pada 1996 di Sukan Olimpik Atlanta.

"Saya sangat gembira kami layak ke final...inilah saat yang kami  nanti-nantikan. Kami ada membuat beberapa kesilapan, terutamanya pada perlawanan kedua, tetapi keazaman kami untuk ke final sangat kuat," kata Wee Kiong.

Pasangan beregu itu berkemungkinan bertemu satu lagi pasangan dari China, iaitu pemain nombor empat dunia, Fu Haifeng-Zhang Nan di final pada Jumaat.

Pemain China itu akan bertemu Marcus Ellis-Chris Langridge dari Britain pada separuh akhir lewat hari ini (waktu di Rio).

Dalam perlawanan itu, pemain Malaysia mendahului 11-8 sebelum pasangan dari China itu bertenaga semula untuk mengikat perlawanan 15-15 sebelum V Shem-Wee Kiong menyerang untuk menang 21-18.

China kemudian selangkah ke hadapan pada set kedua dan mendahului 11-8 sebelum mengakhiri permainan dengan 21-12 untuk mengikat kepada perlawanan penentuan.

Pasangan China itu mendahului dengan lima mata 11-6 pada pertengahan perlawanan sebelum V Shem-Wee Kiong bangkit untuk membuat aksi serangan dan dengan bangganya mara ke final.

Tags / Kata Kunci: Olimpik Rio , Rio 2016

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan