Rio:Murray Singkir Nishikori, Peluang Pertahan Pingat Emas - Raket | mStar

Rio:Murray Singkir Nishikori, Peluang Pertahan Pingat Emas

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2016 8:36 PM

Murray menjerit kegembiraan selepas mara ke final acara perseorangan Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut.

(Ubah saiz teks)

ANDY Murray berpeluang melengkapkan koleksi pingat emas acara perseorangan pada Sukan Olimpik di Rio apabila mara ke perlawanan akhir selepas mengetepikan pemain Jepun, Kei Nishikori pada Sabtu.

Murray yang mara ke pentas akhir buat kali kedua berturut-turut selepas London 2012 menewaskan Nishikori secara straight set, 6-1,6-4 dalam tempoh 79 minit.

Bintang tenis Britain itu bakal menjadi pemain lelaki pertama yang berjaya mempertahankan pingat emas sekiranya Murray dapat menewaskan bintang Argentina Juan Martin Del Potro dalam aksi akhir nanti.

"Apabila bersaing untuk nama negara, kita dapat rasakan perasaan tanggungjawab itu lebih besar daripada biasa dan pastinya kita tidak mahu tersingkir pada pusingan pertama.

"Emas tetap emas dan itulah yang akan menjadikan sepuluh hari istimewa buat saya.

"Empat bulan terakhir sebelum ini adalah tempoh terbaik dalam karier saya. Tugas saya adalah untuk terus berjuang, kekalkan konsisten yang ada," kata Murray.

Tags / Kata Kunci: Andy Murray , Sukan Olimpik , Pingat emas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan