Olimpik: Andy Dan Jamie Kempunan Emas

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 11:57 AM

Andy dan Jamie Murray gagal merealisasikan impian mereka untuk membawa pulang pingat emas.

(Ubah saiz teks)

ANDY dan Jamie Murray berkongsi nasib malang dengan pasangan adik-beradik Serena dan Venus Williams apabila mereka turut tersingkir pada pusingan pertama acara beregu Sukan Olimpik, Rio.

Gandingan adik-beradik itu tewas di tangan Thomaz Bellucci dan Andre Sa dari Brazil 7-6(6) 7-6(14).

Juara Wimbledon, Andy yang diberi tanggungjawab membawa bendera Britain pada acara pembukaan pada Jumaat menaruh harapan besar untuk memenangi pingat emas bersama abangnya selepas merangkul hadiah utama dalam acara perseorangan di London, empat tahun lalu.

Tumpuan kini terarah kepada Andy dalam acara perseorangan selepas dia melepasi pusingan pertama dengan menundukkan Viktor Troicki dalam perlawanan lebih awal.

Malah, peminat tenis turut dikejutkan dengan penyingkiran awal Serena dan Venus pada temasya berprestij dunia itu.

Juara Olimpik tiga kali itu yang merupakan pilihan utama pada kejohanan tersebut tewas 6-3, 6-4 kepada pasangan dari Republik Czech, Barbora Strycova dan Lucie Safarova.



Tags / Kata Kunci: Andy , Jamie Murray , Sukan Olimpik Rio

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan