Chong Wei Mula Rasa Tekanan Bagi Meraih Emas Di Rio

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 10:28 AM

Lee Chong Wei

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa sedikit tertekan untuk membawa pulang pingat emas di Olimpik Rio.

Sebelum ini, Chong Wei tewas dalam dua perlawanan akhir Olimpik menentang Lin Dan dari China dan beliau sedar perlawanan di Rio merupakan harapan terakhirnya untuk bergelar juara.

"Saya rasa lebih banyak tekanan kerana empat tahun akan datang saya tidak lagi mampu beraksi, jadi ini adalah peluang terakhir saya," kata Chong Wei.

Lee, yang tidak pernah memenangi gelaran Olimpik berjuang semula hingga berada di kedudukan tangga teratas selepas kembali daripada penggantungan isu doping tahun lalu.

Beliau akan bertemu Lin Dan di peringkat separuh akhir di Rio bersama pemain nombor dua dunia dari China, Chen Long.

Bagaimanapun Chong Wei mempunyai banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Rio kerana perlawanan badminton Olimpik bermula hanya akan bermula pada 11 Ogos. -AFP

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Olimpik Rio

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan