Laluan Mudah Chong Wei Ke Separuh Akhir Sukan Olimpik

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 3:14 PM

Chong Wei meraih pingat perak pada Sukan Olimpik di London 2012.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, harapan terbaik Malaysia untuk membawa pulang pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik, boleh menarik nafas lega apabila undian acara badminton Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil sedikit berpihak kepada beliau.

Dalam undian yang dibuat pukul 11 pagi waktu Brazil, Chong Wei selaku pemain nombor satu dunia, diletakkan sebagai pilihan utama diikuti dua musuh tradisinya Chen Long dan Lin Dan dari China yang masing-masing diletakkan sebagai pilihan kedua dan ketiga.

Pemain berusia 33 tahun itu dilihat mempunyai laluan mudah untuk ke separuh akhir apabila diundi dalam kumpulan A bersama pemain di ranking bawah dari Singapura, Derek Wong dan Soren Opti dari Suriname.

Beliau diberikan bye pada pusingan kedua sebelum ke suku akhir untuk berdepan sama ada pilihan keenam dari Taiwan Chou Tien Chen atau Hu Yun dari Hong Kong yang merupakan pilihan ke-10.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 itu bakal berdepan juara bertahan Lin Dan di separuh akhir.

Lin Dan diundi dalam kumpulan E bersama Vladimir Malkov dari Rusia, Nguyen Tien Minh dari Vietnam dan David Obernosterer dari Austria.

Dalam pada itu, seorang lagi jaguh dari China, Chen Long tidak mempunyai masalah untuk mengungguli kumpulan P, apabila diundi dengan pemain tidak ternama Kevin Cordon dari Guatemala, Andrian Dzolko dari Poland dan Niluka Karunaratne dari Sri Lanka.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara Tee Jing Yi diundi dalam kumpulan K bersama pemain Jepun Akane Yamaguchi dan Kristina Gavnholt dari Republik Czech.

Dalam acara beregu lelaki pula, pasangan negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong diundi dalam kumpulan B, yang dilihat agak sukar bersama pilihan Fu Haifeng/Zhang Nan dari China, Philip Chew/Jamie Subandhi dari Amerika Syarikat, Manu Attri/Sumeeth Reddi dari India dan Michael Fuchs/Johannes Schoettler dari Jerman.   

Beregu wanita negara Vivian Ho/Woon Khe Wei pula diundi dalam kumpulan Cber sama pasangan Indonesia Greysia Polii/Nitya Krishninda Maheswari, Heather Olver/Aluren Smith dari England dan Poon Lok Yan/Tse Ying Suet dari Hong Kong.

Gandingan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying pula diundi dalam kumpulan C acara beregu campuran bersama Tontowi Ahmad/Liliana Natsir dari Indonesia, BodinIssara/Pakkawatvilailak dari Thailand dan pasangan Australia, Robin Issara/Pakkawatvilailak dari Thailand dan pasangan Australia, Robin Middleton/Leanne Choo.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Sukan Olimpik

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan