Monfils Tamat Kemarau Kejuaraan

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 7:42 AM

Monfils memenangi trofi Terbuka Citi.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Gael Monfils menamatkan kemarau kejuaraan apabila menundukkan Ivo Karlovic pada Terbuka Citi untuk meraih trofi ATP pertamanya dalam tempoh hampir 30 bulan.

Pemain berusia 29 tahun itu menang dengan 5-7 7-6 (8-6) 6-4 dalam perlawanan yang berlangsung selama dua jam dan 15 minit.

"Sejujurnya, hari ini saya amat bernasib baik," kata Monfils.

Monfils, pemain kelahiran Perancis tewas 19 daripada 24 aksi final dan lapan dalam peringkat lapan terbaik.

Kali ini dia memperoleh wang tunai sebanyak AS$348,200 untuk kejuaraan pertamanya sejak Februari 2014 di Montpellier, Perancis.

Malah, Monfils menyatakan rasa bangga dapat menyertai Arthur Ashe dan Yannick Noah yang mencatat kemenangan di AS dengan nama mereka diukir di sengkuap biru sekeliling stadium.

"Mereka menjadi inspirasi kepada saya. Saya membesar dengan nama-nama tersebut. Sudah pasti saya mahu nama saya diukir sebelah mereka, ia amat berharga, " katanya.

Tags / Kata Kunci: Gael Monfils , Terbuka Citi

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan