Lin Dan Bukan Lagi Halangan Chong Wei Pada Sukan Olimpik

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 5:38 PM

Chong Wei dan Lin Dan (kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ikon badminton dunia, Lin Dan bukan lagi penghalang utama jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei untuk meraih pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil, bulan depan.

Keyakinan itu diluahkan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria selepas Chong Wei berjaya mengalah kanmusuh tradisinya itu di Terbuka China dan Kejohanan Badminton Asia, masing-masing di China, tahun ini.

Sebaliknya, Mohamad Norza berkata pemain nombor satu dunia itu perlu lebih berhati-hati dengan pemain yang lebih muda seperti Viktor Axelsen dan Jan O Jorgensen, kedua-duanya dari Denmark.

"Bagi saya, Chong Wei lebih perlu tingkatkan kesediaan dari segi mental danfizikal untuk menentang pemain yang lebih muda.

Lin Dan bukan lagi pesaing utamabuat Chong Wei.

"Peluang untuk dia raih emas agak tinggi jika dibandingkan dengan Sukan Olimpik Beijing dan London," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Jumaat.

Namun di Rio de Janeiro, Lin Dan atau Axelsen mungkin menjadi lawan Chong Wei di separuh akhir seandainya masing-masing menepati status mereka.

Chong Wei, naib juara dalam dua temasya Olimpik yang lalu diletakkan sebagai pilihan utama kali ini, manakala juara dunia dua kali, Chen Long menjadi pilihan kedua diikuti juara Olimpik 2008 dan 2012, Lin Dan sebagai pilihan ketiga.

Axelsen dan Jan Jorgensen masing-masing diletakkan sebagai pilihan keempat dan kelima diikuti pemain Taiwan Tien Chen (6), Tommy Sugiarto dari Indonesia (7) dan pemain Korea Selatan Son Wan Ho (8).

Undian acara badminton Sukan Olimpik Rio akan diadakan Selasa ini. Mengulas mengenai persediaan Chong Wei, Mohamad Norza berkata dari segi kecergasan dan mental beliau percaya pemain berusia 33 tahun itu telah bersedia sejak kembali beraksi selepas isu doping sewaktu Kejohanan Dunia 2014.

Untuk rekod, Chong Wei mengambil masa setahun untuk kembali ke ranking tertinggi dunia apabila berada di ranking ke-180 ketika penggantungan lapan bulannya tamat pada 1 Mei 2015. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Lin Dan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan