Sasaran Satu Pingat Realistik - Wee Kiong

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 12:11 PM

Wee Kiong/V Shem mengibar cabaran negara dalam acara beregu lelaki di Rio.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sasaran merangkul satu pingat bagi acara beregu badminton lelaki pada temasya Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil bulan depan bukan mustahil untuk dicapai.

Tan Wee Kiong yang akan bergandingan dengan pasangannya, Goh V Shem berkata mereka sudah bersedia untuk menamatkan kemarau pingat yang pernah dicapai kali terakhir 24 tahun lalu.

"Saya percaya Olimpik amat penting untuk semua atlet, jadi mara ke separuh akhir dan meraih sekurang-kurangnya satu pingat adalah satu sasaran yang realistik.

"Memang kami harap dapat memecah rekod itu. Kami bukan hanya sekadar menyertai pertandingan itu tetapi kami ada misi untuk dapatkan pingat," kata Wee Kiong ketika ditemui selepas pengumuman pelantikannya dan V Shem sebagai duta jenama minuman istonik nombor 1 Malaysia, 100 PLUS di sini, Khamis.

Selain Wee Kiong dan V Shem, beregu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang turut membawa cabaran negara di Rio dan bintang muda negara, Goh Jin Wei juga dilantik sebagai duta jenama 100 PLUS.

Peng Soon/Liu Ying dan V Shem/Wee Kiong dilantik sebagai duta jenama 100 PLUS. - foto NORAFIFI EHSAN/The Star

Mengulas lanjut mengenai persiapan ke Olimpik, Wee Kiong berkata segalanya berjalan dengan lancar dan dia hanya perlu mengelak daripada dihantui kecederaan sebelum berlepas ke Rio pada 29 Julai ini.

"Semuanya okay, cuma sekarang cuba elak sebarang kecederaan dan minimakan kesilapan ketika berada di gelanggang," katanya.

Meskipun saingan dalam acara beregu lelaki agak sengit, Wee Kiong berkata beliau dan pasangannya perlu kekal konsisten di hadapan lawan.

"Saya tengok lineup agak sengit tetapi kita harus betul-betul fokus dan beraksi cemerlang. Jika kita konsisten segalanya akan berjalan dengan lancar," katanya.

Sementara itu, Liu Ying mengakui dia dan pasangannya, Peng Soon kini lebih matang bagi menghadapi cabaran di Rio berbanding ketika penampilan sulung mereka di Olimpik, London, empat tahun lalu.

"Aksi di Rio pasti memberikan lebih tekanan kerana semua pemain mempunyai peluang sama rata. Apa yang penting kami akan berjuang sepenuhnya di sana nanti," katanya.

Liu Ying berkata beliau tiada masalah untuk menyesuaikan diri di Rio sebelum acara kemuncaknya kerana skuad badminton negara akan berlepas lebih awal.

"Kita akan bertolak 10 hari lebih awal, jadi tiada masalah kerana kita ada banyak masa untuk sesuaikan diri. Masa yang ada itu amat penting bagi kita untuk mempersiapkan diri sebelum acara sebenar nanti," katanya.


Tags / Kata Kunci: badminton , Sukan Olimpik Rio , 100 PLUS

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan