Olimpik: Chong Wei, Carolina Diumum Pilihan Utama Sukan Badminton

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 11:35 PM

Datuk Lee Chong Wei

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF)  pada Khamis mengumumkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan bintang Sepanyol Carolina Marin sebagai pilihan utama, masing-masing dalam acara Perseorangan Lelaki dan Perseorangan Wanita badminton Sukan Olimpik Rio.

Dalam kenyataan BWF, kedudukan itu adalah berdasarkan Ranking Dunia hari ini bagi pemain yang dosahkan layak ke Olimpik dan ranking itu akan digunakan dalam undian pada Selasa, 26 Julai.

Chong Wei, muncul naib juara dalam dua temasya Olimpik yang lalu dan menduduki pilihan kedua ialah juara dunia dua kali Chen Long sementara juara Olimpik sebanyak dua kali, Lin Dan diletakkan sebagai pilihan ketiga.

Pilihan lain dalam acara peseorangan Lelaki ialah pemain Denmark Viktor Axelsen (4) dan Jan Jorgensen (5), pemain Chinese Taipei Tien Chen (6), pemain Indonesia Tommy Sugiarto (7), pemain Korea Son Wan Ho (8), pemain India Kidambi Srikanth (9), pemain Kong Kong Hu Yun (10), pemain Jerman Marc Zwiebler (12) dan pemain England Rajiv Ouseph (13).

Sementara itu, dalam acara Perseorangan Wanita, juara Dunia dua kali Carolina Marin mengatasi dua pemain dari China; Wang Yihan (2) dan juara bertahan Olimpik, Li Xuerui (3).

Ini diikuti pemain Thailand, Ratchanok Intanon (4); juara tiga gelaran Supersiri Dunia tahun ini iaitu pemain India Saina Nehwal (5); pemain Jepun  Nozomi Okuhara (6); pemain Korea Sung Ji Hyun (7), pemain Chinese Taipei Tai Tzu Ying (8); PV Sindhu (9,India); Akane Yamaguchi (10, Jepun); Kirsty Gilmour (11; Great Britain), Porntip Buranaprasestsuk (12; Thailand) dan Bae Yeon Ju (12; Korea).

Selain itu, terdapat hanya empat pilihan dalam setiap kategori ketiga-tiga beregu.

Pilihan Utama Beregu Lelaki ialah juara Terbuka BCA Indonesia iaitu pasangan Korea, Lee Yong Dae/Yoo Yeong Seong, Juara Dunia Indonesia Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan (2).

Beregu Korea Kim Gi Jung/Kim Sa Rang dan beregu China Fu Haifeng/Zhang Nan, masing-masing diletakkan sebagai pilihan ketiga dan keempat.

Pilihan utama Beregu Lelaki diketuai disandang oleh juara tiga kali Supersiri Dunia iaitu beregu Jepun Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi, beregu China Tang Yuanting/Yu Yang (2); beregu Indonesia Greysia Polii/Nitya Krishinda Maheswari (3) dan beregu Korea Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan (4).

Juara bertahan, Zhang Nan/Zhao Yunle (China) ialah pilihan utama dalam Beregu Campuran, diikuti oleh pasangan Korea Ko Sung Hyun/Kim Ha Na, juara Terbuka OUE Singapura sementara juara Terbuka Malaysia Celcom Axiata Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir (Indonesia) dan juara Terbuka Jepun tahun lepas Joachim Fisher Nielsen/Chirstinna Pedersen, masing-masing sebagai pilihan ketiga dan keempat.

Kenyataan itu berkata undian Perseorangan Lelaki mengandungi 41 pemain dan Perseorangan Wanita 40 pemain, yang masing-masing dibahagikan kepada 13 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seorang pemain pilihan.


Sementara itu, undian dalam acara beregu mengandungi empat kumpulan terdiri daripada empat pasangan dengan setiap kumpulan mempunyai pilihan utama beregu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan