Skuad Badminton Negara Sedia Untuk Olimpik

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 10:29 PM

Mohamad Al Amin Abdul Majid.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad badminton negara sudah bersedia untuk menghadapi Sukan Olimpik Rio de Janeiro, kata pemangku presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Al Amin Abdul Majid.

"Para pemain, menurut laporan Pengarah Teknikal, sudah bersedia. Pertama sekali, kami semua bimbang terhadap isu seperti kecederaan dan latihan mereka. Setakat ini, segala-galanya berjalan lancar untuk Sukan Olimpik.

"Kita masih mempunyai masa kurang dua minggu sebelum semua pemain berlepas pada 29 Julai," kata Mohamad Al Amin selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis BAM dan Mesyuarat Agung Tahunan di sini Sabtu.

Mohamad Al Amin yang juga Chef-de-Mission kontinjen Malaysia bagi Sukan Olimpik Rio de Janeiro, berkata BAM tidak meletakkan sasaran tertentu. 

"Jelas, semua tahu bahawa Chong Wei menduduki ranking nombor satu. Apabila anda berada di ranking nombor satu, anda akan diletakkan sebagai pilihan, .. ada peluang untuk anda melepasi peringkat kumpulan dan seterusnya ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

"Sudah pasti, kita ingin melihat Chong Wei beraksi di final... hanya semata-mata berdasarkan ranking dan kecergasan semasa. Kami masih menunggu undian Sukan Olimpik diumumkan minggu depan. Ini akan memberi petunjuk terperinci mengenai kedudukan pemain lain," katanya. 

Beliau berkata pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, akan menjadi sandaran kedua terbaik Malaysia pada Sukan Olimpik berdasarkan kedudukan Olimpik apabila menduduki tangga kelapan.

Undian rasmi bagi Sukan Olimpik Rio de Janeiro akan diadakan pada 26 Julai. Mengenai soal akreditasi, Mohamad Al Amin berkata isu itu telah diselesaikan.

"Kami berjaya mendapatkan semua jurulatih. Kami mempunyai lima akreditasi bagi mereka... empat bagi jurulatih dan satu untuk fisioterapi. Manakala untuk sparing partner, mereka akan diberikan pas harian... ada dua pemain untuk sparing," katanya.

Pemain yang diletakkan sebagai sparing partner ialah Iskandar Zulkarnain dan Tan Kian Meng.   

Skuad badminton negara ke Rio terdiri daripada Datuk Lee Chong Wei (perseorangan lelaki), Tee Jing Yi (perseorangan wanita), Goh V Shem/Tan Wee Kiong (beregu lelaki), Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (beregu campuran) dan Vivian Hoo/Woon Khe Wei (beregu wanita). - Bernama

Tags / Kata Kunci: BAM , Mohamad Al Amin Abdul Majid

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan