Remaja Asia: Beregu Lelaki Selamatkan Maruah Negara

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 9:08 PM

Soh Wooi Yik (kiri) dan Ooi Zi Heng.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki, Ooi Zi Heng-Soh Wooi Yik menyelamatkan maruah negara di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Bangkok,Thailand selepas juara remaja wanita dunia, Goh Jin Wei terkandas di suku akhir.

Ooi-Soh adalah satu-satunya wakil Malaysia yang mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan pasangan Korea Selatan, Lee Sang Min-Na Sung Seung 17-21,21-14, 21-19 dalam aksi suku akhir yang berlangsung 52 minit, Jumaat.

Mereka kini akan berdepan pilihan ketiga Han Chengkai-Zhou Haodong dari China di separuh akhir esok, bagi menentukan tiket ke final.

Namun kejutan besar dialami skuad negara apabila Jin Wei yang menjadi harapan terbaik terbaik untuk muncul juara perseorangan wanita, tewas di suku akhir.

Jin Wei, 16, yang juga pilihan kedua mempamerkan aksi meyakinkan apabila bangkit di set kedua dengan kemenangan 21-17 selepas tewas set pertama 13-21 kepada pemain Korea Selatan, Kim Ga Eun.

Namun di set ketiga, Jin Wei gagal bertahan dan akhirnya tewas 13-21 dalam pertarungan hampir sejam itu. Nasib sama turut dialami pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia yang juga pilihan keempat kejohanan, apabila tewas kepada Lee Chia Hao dari Taiwan 22-20, 11-21, 15-21.

Gandingan Tang Jie Chen-Pearly Tan Koong Le turut tersingkir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Lee Yu Rim 17-21, 16-21 dalam perlawanan suku akhir beregu campuran. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan