Murray Atasi Berdych, Jumpa Raonic Di Final

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 7:20 AM

Murray meraikan kemenangannya.

(Ubah saiz teks)

PELUANG Andy Murray untuk meraih gelaran kejuaraan Wimbledon kedua semakin cerah apabila mara ke final selepas mengatasi Tomas Berdych pada saingan separuh akhir, awal pagi Sabtu.

Murray yang juga pemain No.2 dunia menang 6-3 6-3 6-3.

Kemenangan itu turut mempertemukan Murray dengan Milos Raonic yang beraksi buat pertama kalinya di pentas final Wimbledon.

Raonic menyingkirkan Roger Federer 6-3 6-7(3) 4-6 7-5 6-3 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir malam Jumaat.

Meskipun memenangi dua kejuaraan Grand Slam iaitu Terbuka Amerika Syarikat pada 2012 dan Wimbledon (2013), perlawanan ini merupakan aksi final utama ke-11 Murray dan pertama menentang lawan baharu selain Federer atau Novak Djokovic.

Pemain kelahiran Britain itu pernah menundukkan Raonic di Queen Club sebelum kejohanan ini dan memenangi lima pertemuan terakhir mereka.

"Jelas sekali final Wimbledon adalah pencapaian terbaik dan saya perlu mengharungi satu lagi perlawanan getir pada Ahad ini.

"Semakin berusia anda, anda tidak tahu berapa banyak peluang yang anda dapat untuk beraksi pada final grand slam. Saya gembira kerana berpeluang untuk mara pada hari ini," kata Murray.



Tags / Kata Kunci: Wimbledon , Andy Murray

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan