Wimbledon: Milos Raonic Tewaskan Roger Federer, Mara Ke Final

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 7:10 AM

(Ubah saiz teks)

MILOS Raonic buat pertama kali mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan pemain numbor tujuh dunia, Roger Federer dengan kemenangan dramatik lima set di Wimbledon.

Federer pada mulanya kelihatan berupaya menguasi gelanggang untuk mencipta kemenangan ketika mendahului dua set sebelum pemain Switzerland itu berhadapan masalah di bahagian paha.

Akhirnya Raonic memeterai kemenangan dengan keputusan 6-3, 6-7 (3/7), 4-6, 7 -5, 6-3.

Raonic menjadi orang Kanada pertama dalam sejarah untuk bermain di perlawanan akhir kejohanan utama itu pada Ahad ini.

"Ia merupakan kemunculan semula yang luar biasa bagi saya.

"Saya bergelut sepanjang set ketiga dan keempat, dia (Federer) bermain dengan begitu baik sekali dan saya bernasib baik kerana berjaya menyekat kemaraannya.

"Saya menunjukkan banyak emosi hari ini, sentiasa positif dan itu yang membantu saya untuk memenangi perlawanan ini," kata Raonic.

Raonic menyifatkan pertembungan dengan Federer kali ini merupakan aksi terbaik sepanjang kariernya kerana menunjukkan perbezaan yang ketara.

Pemain berusia 25 tahun ini akan bertemu juara Wimbledon 2013, Andy Murray dalam usaha memburu trofi pertamanya pada kejohanan tersebut.

Sementara itu, Federer yang bernasib baik ketika bertemu dengan Marin Cilic dua hari lalu berkata: "Dia (Raonic) berjuang. Dia percaya sama seperti saya lakukan terhadap Cilic. Tahniah kepadanya kerana berjaya memenangi pertembungan ini.


Tags / Kata Kunci: MILOS Raonic , Wimbledon

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan