BAM Akur Hanya Empat Pas Tambahan Dari IOC

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 9:42 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terpaksa akur dengan syarat dan keputusan ditetapkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk hanya memberi penambahan empat pas akreditasi Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil.

Pemangku Presiden BAM Tan Sri Mohamed Al-Amin Abd Majid berkata BAM sebelum ini memohon penambahan sekurang-kurangnya enam kad akreditasi Olimpik kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk jurulatih, staf sokongan dan rakan pelatih.

"Kita kena terima hakikat, ini keputusan dibuat IOC. Semua pemain yang akanbertanding akan dapat pas akreditasi mereka. Kita kena ikut peraturan mereka, tetapi kita perlu dahulukan apa yang penting," katanya kepada pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara petang Rabu.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Al-Amin berkata venue pertandingan di Rioakan dibuka kepada negara bertanding untuk memulakan sesi latihan bermula 24 Julai ini, namun skuad badminton negara akan berlepas pada 29 Julai.

Beliau berkata skuad negara hanya menjalani latihan pusat di dalam negara,sebelum berlepas ke temasya sukan terbesar di dunia itu.

Mengenai peluang Malaysia di Sukan Olimpik pada Ogos depan, Mohamed Al-Amin berkata jaguh negara Datuk Lee Chong Wei yang kini berada di ranking teratas dunia, dilihat mempunyai peluang cerah untuk mara ke final.

"Chong Wei mungkin tidak berdepan masalah ke final tetapi bagi pasangan beregu dan beregu campuran mungkin agak sukar, ia bergantung kepada undian. Jika bernasib baik, kita mungkin ada peluang pergi lebih jauh," katanya, sambil menambah undian bakal diketahui akhir Julai ini.

Mengulas mengenai kelewatan pembinaan Pusat Kecemerlangan Badminton Negara di Stadium Juara yang menyukarkan BAM mencari tempat latihan, Mohamed Al-Amin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi mencari penyelesaian agar prestasi pemain tidak terjejas.

Lebih menyukarkan keadaan, Stadium Juara yang digunakan untuk latihan pemain badminton negara akan ditutup pada Oktober ini bagi kerja penambahbaikan sebelum Sukan SEA tahun depan. 

BAM juga buntu dalam mencari tempat latihan atlet kerana Stadium Juara akan menjadi venue untuk bola jaring manakala badminton akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, yang kini ditutup bagi kerja penambahbaikan.

Untuk rekod, pembinaan akademi itu sepatutnya siap pada 8 Nov lepas, namunpihak kontraktor memaklumkan kerja pembinaan dijangka siap pada Disember ini.

Akademi badminton lapan tingkat itu yang mempunyai kelengkapan sepertigelanggang badminton, gimnasium, auditorium, ruang serbaguna, pejabat sertatempat letak kereta serta asrama, mula dibina pada 3 Mac 2014. - Bernama

Tags / Kata Kunci: BAM , IOC , Sukan Olimpik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan