Chan-Goh Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Australia

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 9:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying terus mempamerkan aksi cemerlang apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Australia yang berlangsung di Sydney Olympic Park Australia pada Jumaat.

Pasangan pilihan ketujuh itu menewaskan beregu China, Liu Yuchen dan Tang Jinhua 21-15, 21-1.

Beregu negara itu akan berdepan Lu Kai dan Huang Yaqiong di separuh akhir pada Sabtu. Pasangan China itu menumpaskan rakan senegara yang juga pilihan keempat, Liu Cheng dan Bao Yixin 21-9 dan 21-16.

Beregu profesional negara, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong, yang mengejutkan pilihan utama, Mohamad Ahsan dan Hendra Setiawan dari Indonesia pada Khamis, gagal mara ke separuh akhir apabila tewas 18-21 dan 18-21 kepada satu lagi pasangan Indonesia, Berry Angriawan dan Rian Agung Saputro.

Malaysia tidak menyenaraikan wakil dalam acara perseorangan wanita pada kejohanan itu yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$750,000 (RM3.043 juta).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan