Terbuka Perancis: Muguruza Cipta Kejutan Benam Serena

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2016 11:47 PM

Garbine Muguruza.

(Ubah saiz teks)

GARBINE Muguruza mematikan langkah Serena Williams untuk menyamai rekod Steffi Graf selepas menundukkan pemain kelahiran Amerika Syarikat itu pada aksi final Terbuka Perancis di Roland Garros, malam Sabtu.

Muguruza menang 7-5 6-4.

Pemain Sepanyol yang menduduki ranking keempat dunia itu mempamerkan aksi bertenaga sekali gus menebus kembali kekecewaan di tangan Serena pada final kejohanan Wimbledon tahun lalu.

"Saya amat teruja beraksi di final menentang salah seorang pemain terbaik dunia.

"Serena pemain yang hebat dan saya cuba menjinakkannya mengikut kemampuan saya. Semua perlawanan menentang beliau amat membantu, itu sudah pasti.

Arantxa Sanchez Vicario merupakan pemain Sepanyol terakhir yang pernah menjuarai kejohanan tersebut apabila menundukkan Monica Seles pada 1998.

Ia adalah kejayaan Grand Slam pertama Muguruza pada usia 22 tahun.

Akibat kekalahan itu Serena terpaksa melipatgandakan usaha untuk mempertahankan kejuaraan di London pada bulan ini dalam usaha menyamai rekod Graf.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan