Wei Feng, Arif Mara Ke Suku Akhir Cabaran Antarabangsa Vietnam

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 4:54 PM

Chong Wei Feng.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua wakil kelab negara, Chong Wei Feng dan Mohamad Arif Abdul Latif meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas mengatasi lawan masing-masing di kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Vietnam.

Pada saingan yang berlangsung di Stadium Cau Ciay, Hanoi hari ini, Wei Feng menempah tiketnya selepas bertungkus lumus menundukkan Sourabh Varma dari India, 11-21, 21-18, 21-18.

Di suku akhir yang diadakan petang ini, Wei Feng akan menentang Hashiru Shimono dari Jepun.

Arif pula menyekat kemaraan pemain Jepun, Ryotaro Maruo 22-20, 21-15 untuk menempah pertemuan dengan pemain India, Subhankar Dey di suku akhir.

Bagaimanapun, seorang lagi pemain negara, Liew Daren ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Taiwan, Wang Tzu Wei yang merupakan pilihan kedua, selepas tewas 17-21, 21-16, 19-21.

Turut akan beraksi di suku akhir adalah beregu lelaki Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang akan menentang Takuto Inoue-Yuki Kaneko dari Jepun serta Hoon Thien How-Teo Kok Siang yang berdepan Kenya Mitsuhashi-Yuta Watanabe, juga dari Jepun.

Beregu wanita Amelia Alicia Anscelly-Teoh Mei Xing juga akan beraksi menentang Elaine Chua Yi Ling-Citra Dewi Sari dari Singapura.

Pemain perseorangan wanita dan beregu campuran tidak mampu meneruskan perjuangan mereka selepas masing-masing tewas di pusingan kedua dan suku akhir, Jumaat.

Lee Ying Ying tewas kepada pilihan utama dari Thailand, Pornpawee Chochuwong 13-21, 8-21 di pusingan kedua manakala pasangan Ong Yew Sin-Peck Yen Wei ditunjukkan jalan keluar oleh Tinn Isriyanet-Pacharapun Chochuwong dari Thailand dengan 13-21, 20-22 di suku akhr. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan