Wei Feng, Daren Mara Ke Pusingan Ketiga Cabaran Antarabangsa Vietnam

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 8:03 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng dan Liew Daren beraksi cemerlang pada Cabaran Antarabangsa Vietnam 2016 apabila mara ke pusingan ketiga, Jumaat.

Dalam aksi pusingan kedua berlangsung di Stadium Cau Ciay, Hanoi pada Khamis, Wei Feng yang merupakan pemain pilihan keempat, mencatat kemenangan 21-17, 21-6 ke atas Siril Verma dari India, untuk bertemu seorang lagi pemain India, Sourabh Varma di pusingan ketiga.

Sementara Daren pula terpaksa berhempas pulas sebelum meraih kemenangan 18-21, 21-17, 21-17 ke atas pemain Hong Kong, Chan Yan Kit dan akan menentang pemain pilihan kedua, Wang Tzu Wei dari Taiwan.

Seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Mohamad Arif Abdul Latif  mara ke pusingan ketiga selepas menundukkan rakan senegara, Tan Vi Hen 21-9, 21-9.

Pemain perseorangan wanita negara, Lee Ying Ying berjaya menyekat kemaraan pemain Hong Kong, Avery Tsang Wing Chiu dengan kemenangan 21-15, 20-22, 21-10 untuk berdepan pilihan utama dari Thailand, Pornpawee Chochuwong di pusingan kedua.

Beregu campuran negara, Ong Yew Sin/Peck Yen Wei pula mara ke suku akhir  selepas menewaskan Wasapon Uttamang/Thanaporn Kiawcha-On dari Thailand, 21-12, 16-21, 22-20.

Ong/Peck akan bertemu satu lagi pasangan Thailand, Tinn Isriyanet/ Pacharapun Chochuwong.

Saingan suku akhir beregu lelaki pula akan menyaksikan pasangan negara, Hoon Thien How/Teo Kok Siang akan bertemu Kenya Mitsuhashi/Yuta Watanabe manakala Ong Yew Sin/Teo Ee Yi akan menentang Takuto Inoue/Yuki Kaneko, kedua-dua lawan tersebut dari Jepun.

Tags / Kata Kunci: Chong Wei Feng , Liew Daren

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan