Terbuka Perancis: Murray Bertemu Wawrinka Di Separuh Akhir

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 6:48 PM

Andy Murray

(Ubah saiz teks)

PARIS: Pemain Scotland, Andy Murray berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Perancis 2016 dalam perlawanan yang berlangsung di Roland Garros, Khamis.

Murray, pilihan kedua mengenepikan wakil tuan rumah, Richard Gasquet 5-7, 7-6(3), 6-0, 6-2 di peringkat suku akhir untuk berdepan pemain Switzerland, Stan Wawrinka.

Wawrinka mara selepas menyingkirkan pemain Sepanyol, Albert Ramos-Vinolas, 6-2, 6-1, 7-6(7).

"Perlawanan hari ini tidak mudah bagi saya. Sebelum ini saya berdepan dengan dua pemain dan tidak mendapat rentak ketika bertemu Karlovic dan Isner," katanya kepada BBC.

Jadual perlawanan antara Murray dan Gasquet terpaksa ditangguhkan kerana cuaca hujan. Dalam tempoh dua hari itu, Murray hanya berlatih memukul bola.

"Kemudian keluar dan bermain dalam perlawanan yang sama sekali berbeza hari ini, saya fikir saya telah melakukannya dengan baik untuk setiap bahagian, juga dalam suasana yang sukar. Bukannya tidak baik. Saya menamatkan perlawanan dengan baik, saya fikir."

Murray kini mencatatkan rekod 10 kemenangan berturut-turut dan mara ke separuh akhir Terbuka Perancis selama empat tahun berturut-turut.

Dua lagi perlawanan suku akhir antara Novak Djokovic dan Tomas Berdych serta David Goffin dan Dominic Thiem akan dilangsungkan esok setelah ditangguhkan kerana hujan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan