Chong Wei Mudah Mara Ke Pusingan Kedua Terbuka Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 7:00 AM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hanya mengambil masa 35 minit untuk melepasi pusingan pertama Kejohanan Terbuka Indonesia di Stadium Istora Gelora Bung Karno pada Rabu.

Chong Wei tidak berdepan masalah menewaskan pemain India, Sameer Verma 21-11, 21-13 untuk bertemu Ng Ka Long Angus dari Hong Kong di pusingan kedua.

Chong Wei yang pernah memenangi kejohanan itu sebanyak lima kali dilihat  berpeluang cerah merampas kembali gelaran pemain nombor satu dunia sekiranya berjaya memenangi kejohanan itu kali ini.

Peluang itu hadir buat Chong Wei apabila pemain nombor satu dunia, Chen Long menarik diri daripada kejohanan berkenaan, sekali gus memberikan kemenangan percuma kepada pemain tuan rumah Sony Dwi Kuncoro.

Pada masa ini Chong Wei mengumpul 88,953 mata, hanya ketinggalan 3,241 mata di belakang Chen Long. Juara bagi kejohanan itu akan memperoleh 11,000 mata.

Namun, peluang beliau masih sukar apabila musuh tradisinya, Lin Dan turut berjaya melepasi pusingan pertama dengan menundukkan pemain perseorangan negara Zulfadhli Zulkifli 16-21, 21-18 dan 21-16.

Seorang lagi pemain perseorangan negara Iskandar Zulkarnain gagal melepasi pusingan pertama setelah tewas kepada Marc Zwiebler dari Jerman 10-21 dan 19-21.

Beregu lelaki negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong juga mara ke pusingan seterusnya apabila mengalahkan beregu tuan rumah, Berry Angriawan/Rian Agung Saputro 21-17, 10-21 dan 21-15.

Goh V Shem/Tan Wee Kiong pula mendapat kemenangan percuma apabila beregu pilihan keempat kejohanan, Kim Gi Jung/Kim Sa Rang dari Korea Selatan menarik diri daripada kejohanan itu.

Turut mara adalah beregu wanita negara, Vivian Hoo/Woon Khe Wei selepas menewaskan beregu tuan rumah, Della Destiara Haris/Rosyita Eka Putri Sari 21-19 dan 21-14. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Terbuka Indonesia

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan