Nicol Menang Anugerah Semangat Skuasy PSA 2015/16

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David memenangi Anugerah Semangat Skuasy bagi Pemain Wanita setelah berakhir Kejohanan Final Skuasy Siri Dunia PSA 2015/16 di Dubai pada Ahad.

Anugerah diberikan kepada pemain yang menunjukkan contoh semangat kesukanan, kesetiakawanan dan permainan bersih.

Menurut lawan web Persatuan Skuasy Profesional (PSA), pemain nombor tiga dunia dari Mesir, Raneem El Welily menjadi naib johan bagi anugerah tersebut.

Sementara itu kuasa skuasy dunia, Mesir mengungguli anugerah berkenaan apabila memenangi sembilan daripada 10 anugerah yang dipertandingkan.

Pemain nombor satu wanita dunia dari Mesir, Nour El Sherbini menerima  Anugerah Pemain Wanita Tahunan Terbaik.

Tags / Kata Kunci: Skuasy

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan