Terbuka Perancis: Nadal Bakal Jadi Tumpuan Pusingan Kedua

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

PILIHAN keempat kejohanan Terbuka Perancis, Rafael Nadal bakal berdepan dengan pemain Argentina Facundo Bagnis dalam aksi pusingan kedua, petang Khamis.

Dijangka perlawanan sengit kedua-kedua pemain ini walaupun bintang Sepanyol itu menjadi pilihan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Bagaimana pun, aksi Bagnis tidak boleh dipandang mudah apabila mencatat rekod baik sebelum ini dengan memenangi tujuh daripada sepuluh perlawanan. 

Sementara itu turut menjadi tumpuan adalah Serena Williams yang bakal bertemu dengan Teliana Pereira dari Brazil di gelanggang Suzzanne -Lenglen petang ini.

Aksi juga tertumpu kepada pemain No.1 dunia, Djokovic yang bakal berdepan dengan pemain Belgium, Steve Darcis.

Semua perlawanan pada Khamis bermula pukul 5 petang waktu tempatan.

Jadual perlawanan perseorangan lelaki (pusingan kedua), Khamis:















Tags / Kata Kunci: Terbuka Perancis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan