Malaysia Masih Perlu Khidmat Chong Wei Hadapi Piala Thomas 2018

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2016 1:03 PM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Malaysia masih memerlukan khidmat jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei untuk menghadapi kejohanan Piala Thomas pada 2018.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, perancangan skuad badminton negara adalah ke arah menyediakan pasukan pelapis baru, namun khidmat Chong Wei masih diperlukan.

"Walaupun Chong Wei telah memaklumkan bahawa ini peluang terakhir beliau untuk beraksi dalam Piala Thomas tetapi saya yakin dan percaya beliau masih boleh menjadi pemain yang hebat pada 2018 nanti.

"Pada usia 34 atau 35 tahun, Chong Wei mungkin boleh turun sebagai pemain perseorangan ketiga, sebagai percaturan taktikal negara pada kejohanan Piala Thomas 2018 nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan FitMalaysia peringkat negeri Pulau Pinang di sini, Ahad.

Namun, beliau berkata, segala perancangan itu terpulang kepada Chong Wei, akan tetapi yang pasti adalah Malaysia sudah tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya dengan generasi pemain badminton ini.

Khairy berkata, ini adalah Piala Thomas yang terakhir bagi beberapa pemain negara antaranya Chong Wei Feng, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.

"Skuad badminton akan melalui peralihan generasi dan berdasarkan skuad ketika ini, saya lihat yang masih boleh bermain pada masa akan datang ialah Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong," katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, prestasi pasukan Malaysia dalam kejohanan kali ini boleh dianggap sebagai baik kerana sudah mencapai sasaran untuk layak ke separuh akhir tetapi agak mengecewakan adalah kekalahan kepada Denmark selepas mendahului dua kosong.

"Kita harus mengakui bahawa Denmark merupakan pasukan pilihan kedua dalam kejohanan dan merupakan satu pasukan yang kuat. Bagaimanapun, kita dapat beberapa keputusan cemerlang termasuk menang dua perlawanan awal serta menewaskan pasukan pilihan ketiga Korea Selatan. 

"Bagi saya, pencapaian kita agak baik kerana skuad negara bukan antara empat pasukan pilihan dalam kejohanan Piala Thomas kali ini," katanya.

Terdahulu, lebih 12,000 orang menyertai program FitMalaysia Pulau Pinang yang terdiri daripada larian lima kilometer, larian 10km dan kayuhan basikal  10km dan 30km. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Piala Thomas

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan