China Julang Piala Uber 2016

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2016 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUNSHAN: Skuad wanita China menebus kekecewaan pasukan Piala Thomas apabila merangkul gelaran kali ke-14 dalam saingan Piala Uber selepas mengalahkan Korea Selatan 3-1 dalam perlawanan akhir di sini, Sabtu.

Kejayaan itu merupakan gelaran ketiga berturut-turut sejak 2012.

Juara Olimpik 2012, Li Xuerui membuka langkah kanan untuk China apabila bangkit daripada ketinggalan set pertama sebelum mengalahkan Sung Ji Hyun dengan 14-21, 21-13, 21-10.

Bagaimanapun, Korea Selatan menyamakan kedudukan apabila beregu pertama, Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan mengalahkan Tian Qing/Zhao Yunlei 61-21, 21-17, 25-23.

Namun, China bangkit semula untuk mendahului saingan apabila pemain perseorangan kedua, Wang Shixian dengan mudah mengatasi Kim Hyo Min dalam straight set 21-13, 21-12.

Gandingan serpihan Chen Qingchen/Tang Yuanting mengesahkan kemenangan mutlak China apabila mereka dengan mudah mengalahkan Chang Ye Na/Lee So Hee 21-14, 21-16.

Khamis lepas, pasukan lelaki China kalah dalam saingan suku akhir Piala Thomas apabila kalah mengejut 1-3 kepada Korea Selatan.

Tags / Kata Kunci: Piala Uber 2016

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan