Gagal Separuh Akhir, Chong Wei Tak Salahkan Sesiapa

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2016 3:21 PM

Datuk Lee Chong Wei

(Ubah saiz teks)

KUNSHAN: Harapan untuk beraksi di pentas final seperti Piala Thomas 2014 di New Delhi musnah apabila pasukan negara tewas 2-3 di tangan Denmark.


Denmark bangkit setelah ketinggalan 2-0 sebelum menghancurkan impian Malaysia dalam perlawanan separuh akhir yang mendebarkan di Pusat Sukan Kunshan, Jumaat.

Pasukan Malaysia nampak seperti telah bersiap sedia untuk meraikan kemenangan selepas Lee Chong Wei dan pasangan  Goh V Shem-Tan Wee Kiong menang dalam saingan perseorangan dan regu.

Chong Wei mengekalkan rekod tanpa kalahnya terhadap juara bertahan Eropah Viktor Axelsen apabila menang 23-21, 21-18 manakala Goh V Shem-Tan Wee Mathias Boe-Mads Conrad Petersen 21-18, 21-18.

Pasukan negara mula goyah apabila Iskandar Zulkarnain Zainuddin ditundukkan oleh pemain Denmark 18-21,18-21, menjadikan kedudukan 2-1.

Malaysia terikat 2-2 apabila pasangan beregu Denmark menundukkan pasangan negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 21-10, 8-21, 13-21.

Pemain perseorangan ketiga negara Chong Wei Feng yang turun sebagai penentu kemenangan negara bagaimanapun gagal menundukkan Emil Holst apabila tewas 21-15, 21-18.

Chong Wei mempunyai pandangannya sendiri mengenai kekalahan ini.

"Kami mempunyai peluang kami, tetapi kami tidak dapat menyudahkannya dengan baik.


"Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa ... kami datang sebagai satu pasukan. Saya cuba sedaya upaya untuk menang mata pertama tetapi kita tahu peluang kita menentang Denmark sememangnya 50-50."

Perlawanan final esok menyaksikan Denmark mensasarkan untuk menjulang trofi Piala Thomas buat pertama kali manakala Indonesia akan berusaha mendapatkan semula piala yang kali terakhir dimenangi mereka pada tahun 2002.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan