Piala Thomas: Indonesia Ke Final, Singkir Korea Selatan 3-1

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2016 6:49 PM

Pasangan Indonesia, Angga Pratama (kanan) dan Ricky Karanda Surwardi meraikan kemenangan ke atas beregu Korea Selatan pada aksi separuh akhir pada Jumaat sekaligus mara ke final.

(Ubah saiz teks)

KUNSHAN: Indonesia menamatkan penantian enam tahun apabila layak ke final selepas menumpaskan Korea Selatan 3-1 di separuh akhir Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan pada Jumaat.

Kali terakhir Indonesia mara ke final adalah pada edisi 2010 di Kuala Lumpurtetapi tewas 0-3 kepada China.

Wira Indonesia yang juga juara 13 kali Piala Thomas adalah pasangan Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi yang menundukkan Kim Gi Jung-Kim Sa Rang 21-15,21-15 untuk menyumbang mata ketiga pasukannya.

Sebelum itu, Indonesia membuat kejutan dengan menurunkan Jonatan Christie sebagai perseorangan pertama dan merehatkan pemain nombor satu mereka, Tommy Sugiarto.

Langkah itu hampir menjerat diri apabila Jonatan tewas 10-21, 16-21 kepada pemain utama lawan, Son Wan Ho, sekali gus menambah tekanan buat Indonesia berikutan Korea Selatan memiliki dua gandingan beregu yang kuat.

Namun Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang juga pasangan nombor dua dunia membuat kejutan apabila menjinakkan beregu utama dunia, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong 21-15, 21-12 bagi menyamakan kedudukan, sekali gus mencipta kebangkitan Indonesia.

Pemain perseorangan kedua, Anthony Ginting membuka kelebihan bagi Indonesia selepas menundukkan Lee Dong Keung 21-18, 21-18 sebelum Angga-Ricky menyumbang mata kemenangan yang dicari bagi memastikan Korea Selatan tidak dapat menggunakan kelebihan beregu mereka. 

"Saya gembira bukan hanya untuk saya sendiri tetapi juga masyarakat di Indonesia yang mengimpikan itu (Piala Thomas). Kita sudah sampai ke final tetapi kami tidak boleh terlalu gembira.

"Kalau kita lihat, pemain Korea Selatan menunjukkan sedikit keletihan tapi kami tidak cuma fokus kepada itu sahaja. Saya sentiasa ingatkan pemain tentang apa yang harus dibuat di gelanggang," kata pengurus pasukan Indonesia, Rexy Mainaky.

Sementara itu, skuad Piala Uber China menyelamatkan sedikit maruah republik itu selepas kekalahan pasukan Piala Thomas mereka kepada Korea Selatan 3-2 di suku akhir, Khamis malam.

China, juara 13 kali Piala Uber, memastikan tiket ke final selepas menewaskan India 3-0 dalam pertarungan separuh akhir yang berlangsung tiga jam.

Li Xuerui dan Wang Shixian yang masing-masing turun sebagai perseorangan pertama dan kedua diberikan tentangan sengit oleh Saina Nehwal dan Pusarla V.Sindhu, sebelum menyumbang dua mata untuk tuan rumah.

Li menewaskan Saina 21-15, 12-21, 21-17 manakala Wang menundukkan Pusarla 21-13, 23-21 sebelum gandingan Tian Qing-Zhao Yunlei mengutip mata ketiga dengan kemenangan mudah ke atas Jwala Gutta-Sikki Reddy Nelakurihi 21-6, 21-6.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Piala Thoma , Indonesia , Final

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan