Piala Thomas: Malaysia Siap Sedia Hadapi Lawan Suku Akhir

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 11:43 PM

Pemain perseorangan kedua negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin membalas hantaran lawannya dari Korea Selatan Lee Dong Keun pada Kejohanan Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan, Selasa. Skuad Piala Thomas negara berjaya memperolehi mata kedua setelah Iskandar menang dengan 21-17 dan 21-15. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUNSHAN: Selepas mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Thomas sebagai juara Kumpulan C, skuad negara kini hanya menunggu siapa lawan yang akan ditentang mereka Khamis ini.

Bagi pemain perseorangan kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, siapa pun lawan yang akan ditentang, skuad negara sudah bersedia menghadapi mereka.

Malah, Iskandar mengakui beliau kini semakin teruja menghadapi saingan Piala Thomas yang semakin mencabar, selepas sekadar menjadi rakan sparring pada edisi 2014 di India.

Pemain berusia 24 tahun itu berjaya menyumbang mata berharga kepada skuad negara apabila diturunkan menentang Jerman, pada Isnin dan Korea Selatan, Selasa.

"Memang Chong Wei (Datuk Lee Chong Wei) ada cakap mata yang dikutip saya hari ini adalah penting untuk negara. Saya anggap ini sebagai satu cabaran untuk saya lebih maju lagi," katanya.

Iskandar, pemain ranking ke-36 dunia, menyumbang mata kedua negara ketika menentang Korea Selatan, untuk mendahului 2-1 apabila menewaskan pemain nombor 16 dunia, Lee Dong Keun 21-17, 21-15 selepas gandingan Goh V Shem/Koo Kien Keat tewas kepada pasangan nombor satu dunia Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong.

Mata kemenangan skuad negara disumbang Chong Wei Feng yang menundukkan Jeon Hyeok Jin 21-16, 21-16 selepas Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong gagal mengutip mata kemenangan apabila tewas kepada Kim Gi Jung-Kim Sa Rang 14-21, 22-24 bagi membolehkan Korea mengikat kedudukan 2-2.

Malaysia mengutip mata pertama menerusi Chong Wei yang menundukkan 21-18, 21-15, sekali gus kesemua mata dalam pertemuan dengan Korea Selatan datangnya daripada pemain perseorangan.

Kemenangan itu juga bererti sebagai juara kumpulan, skuad negara berjaya mengelak pertembungan dengan juara kumpulan lain di suku akhir, apabila undian dilakukan Rabu.

Sementara itu, Tan Boon Heong yang gandingan bersama Koo Keien Keat dipisahkan dalam perlawanan menentang Korea Selatan berkata, nasib tidak menyebelahinya bersama Tan Wee Kiong kerana masih belum menemui rentak permainan yang sebenar.


"Saya sedia jika dipisahkan lagi. Hari ini, saya melakukan banyak kesilapan dan saya akui ia salah sendiri kerana masih belum dapat rentak," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan