Piala Thomas: Wei Feng Sumbang Mata Kemenangan Malaysia Ke Atas Korea Selatan

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 7:00 PM

Pemain perseorangan ketiga negara Chong Wei Feng berjaya menewaskan lawannya dari Korea Selatan, Hyeok Jinn Jeon pada Kejohanan Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan, Selasa. Skuad Piala Thomas negara berjaya menewaskan Korea Selatan dengan 3-2 setelah Wei Feng menang 21-16 dan 21-16. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUNSHAN: Chong Wei Feng membuktikan kehadirannya dalam skuad Piala Thomas negara bukan sekadar penumpang, apabila menyumbang mata kemenangan ketika menundukkan Korea Selatan 3-2, sekali gus muncul juara Kumpulan C.

Wei Feng, pemain ranking ke-68 dunia, menampilkan persembahan membanggakan untuk menjinakkan Jeon Hyeok Jin, yang juga pemain nombor 28 dunia, 21-16, 21-16 bagi mengesahkan kemenangan skuad negara yang kalah dalam kedua-dua aksi beregu mereka di Pusat Sukan Kunshan hari ini.

"Saya rasa sangat gembira sebab sudah lama tak main bagus macam hari ini.
Saya puas hati dan yang penting pasukan ini muncul juara kumpulan...tapi misi kita masih belum selesai, belum sampai sasaran lagi. Kita perlu kekal tenang.

"Ketika kedudukan macam ini (terikat 2-2), saya selalu jadikan tekanan sebagai motivasi untuk main lagi bagus sebab kita bermain untuk pasukan," kata Wei Feng kepada pemberita selepas perlawanannya.

Kejayaan itu membolehkan skuad negara mengelakkan pertembungan awal dengan pasukan pilihan seperti China di suku akhir nanti.

Ia adalah kemenangan ketiga Malaysia dalam Kumpulan C selepas menewaskan England 4-1, diikuti kemenangan 5-0 ke atas Jerman.

Selain Malaysia, turut layak ke suku akhir adalah juara bertahan, Jepun dan tuan rumah, China (Kumpulan A), Indonesia, Thailand (Kumpulan B), Denmark, Taiwan (Kumpulan D) dan Korea Selatan sebagai naib juara Kumpulan C.

Undian suku akhir dijangka diadakan sebaik semua perlawanan peringkat kumpulan berakhir.

Dalam perlawanan menentang Korea Selatan hari ini, jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei menewaskan Son Wan Ho 21-18, 21-15 untuk mata pertama Malaysia sebelum lawan mengikat kedudukan apabila gandingan Goh V Shem-Koo Kien Keat tewas kepada Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong 16-21, 11-21.

Kemudian pemain perseorangan kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin tampil mengejutkan pemain nombor 16 dunia, Lee Dong Keun 21-17, 21-15 untuk kembali meletakkan Malaysia di depan dengan 2-1.

Namun beregu kedua negara yang menggandingkan Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong gagal mengutip mata kemenangan selepas tewas kepada Kim Gi Jung-Kim Sa Rang 14-21, 22-24 bagi membolehkan Korea kembali mengikat kedudukan 2-2, sebelum Wei Feng memberikan mata penting yang dicari-cari.

Terdahulu, ketua pasukan, Chong Wei berkata sebagai perseorangan pertama, ia adalah penting untuknya menyumbang mata pertama untuk memberi semangat kepada rakan sepasukan.

"Perlawanan hari ini agak berbeza dari lawan pertama dan kedua sebelum ini.Son Wan Ho adalah antara pemain yang berada di ranking atas dan memberi saingan sengit.

"Apa yang penting adalah menyumbang mata pertama negara dan cuba pastikan Malaysia menjuarai kumpulan ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan