Federer Tarik Diri Pada Aksi Terbuka Madrid - Raket | mStar

Federer Tarik Diri Pada Aksi Terbuka Madrid

Diterbitkan: Isnin, 2 Mei 2016 11:15 PM

Federer mengumumkan penarikan diri pada sidang media di gelanggang Caja Magica, Madrid, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

ROGER Federer menarik diri daripada beraksi pada Terbuka Madrid berikutan kecederaan di bahagian belakang ketika menjalani latihan hujung minggu lalu.

Sebelum ini Federer turut terlepas beberapa kejohanan sejak awal musim selepas menjalani pembedahan lutut sebaik sahaja tamat aksi Terbuka Australia pada Januari lalu.

Jaguh tenis Switzerland itu dilaporkan akan menyertai Rom Masters yang bermula 8 Mei ini.

"Lebih baik saya berhati-hati dan bersedia untuk Rom. 

"Dan jika saya tidak dapat beraksi di sana (Rom) ia tidak bermakna 'dunia sudah berakhir', tetapi berharap saya dapat bermain," jelas Federer.

Federer,34, diundi bertemu Nicolas Mahut atau Joao Sousa pada pusingan kedua Madrid selepas mendapat 'bye' pusingan pertama.

Tags / Kata Kunci: Roger Federer , Terbuka Madrid
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan