Pemain Mesir Bangkit Di Pentas Skuasy Dunia

Diterbitkan: Ahad, 1 Mei 2016 12:53 PM

Sherbini muncul juara selepas menewaskan Massaro pada perlawanan akhir kejohanan skuash wanita dunia PSA di Pusat Skuasy Negara pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan Skuasy Wanita Dunia NAZA PSA 2016 yang diadakan sejak Sabtu lepas di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil yang berakhir pada Sabtu menyaksikan pemain nombor dua dunia, Nour El Sherbini menjadi pemain Mesir pertama menjuarai gelaran dunia sejak 1976.

Gadis berusia 20 tahun, kelahiran Iskandariah itu mempamerkan aksi hebat dalam pertarungan sengit selama 63 minit dengan kemenangan 6-11, 4-11, 11-3, 11-5, 11-8 ke atas pemain nombor satu dunia, Laura Massaro dari England.

Untuk rekod, Sherbini gagal dalam percubaan pertamanya untuk mendapatkan gelaran dunia selepas tewas kepada pemain wanita Inggeris berusia 32 tahun itu pada edisi 2013 yang diadakan pada 14-21 Mac 2014 di Pulau Pinang.

Kemenangannya sememangnya satu kejayaan yang membanggakan selepas mendapat dua gelaran iaitu Kejohanan Juara-Juara di Amerika Syarikat pada Januari dan gelaran Terbuka British, bulan lepas.

Mengimbas kembali pencapaian wakil Mesir dalam kejohanan itu, negara Afrika memaparkan ramai pemain muda berbakat selepas mempamerkan prestasi hebat ketika menentang lawan mereka.

Sebagai contoh, pemain kelahiran Kaherah Nadine Shahin, 18, membuktikan kehebatannya apabila mara ke pusingan kedua kejohanan itu selepas menyingkirkan pemain nombor 16 dunia, Jenny Duncalf dari England pada pusingan pertama, walaupun membuat kemunculan pertama dalam kejohanan itu.

Beliau sebelum itu melepasi dua halangan di pusingan kelayakan; menewaskan pemain muda Malaysia, S Sivasangari 3-1 pada perlawanan pertama dan pemain nombor 25 dunia, Line Hansen dari Denmark dengan keputusan sama.

Bagi pemain Malaysia, Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) khususnya perlu bekerja keras untuk mengasah lebih ramai pemain muda berbakat sekiranya mahu menyaingi Mesir.

Presiden SRAM Huang Ying How ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir, sedia maklum bahawa persatuan itu perlu melipat gandakan usaha mereka untuk melatih lebih ramai pemain muda supaya setanding dengan Mesir pada masa akan datang.

"Kita mempunyai program akar umbi yang kuat seperti Program Pembangunan Skuasy Junior CIMB dan jika anda lihat pemain muda kami seperti Sivasangari dan Aifa Azman, mereka telah bermain sehabis mereka, tetapi mungkin Mesir mempunyai ramai pemain daripada kita yang memberikan mereka kelebihan yang lebih baik.

"Jika kita melihat perkembangan pemain kita, mereka agak membanggakan, tetapi untuk pemain lelaki seperti Eain Yow Ng dan lain-lain, saya rasa kita masih dalam proses untuk meningkatkan permainan mereka ke tahap lebih baik," tambah Huang.

Dari segi penganjuran, Sportspin Event  and  Athlete Management yang diketuai oleh bekas pemain kebangsaan Mohd Azlan Iskandar layak diberi kredit untuk usaha gigih mereka dalam memastikan kejohanan edisi ke-32 itu berjalan lancar. -  BERNAMA

Tags / Kata Kunci: skuasy , Mesir

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan