Chong Wei Kembali Rangkul Juara Badminton Asia

Diterbitkan: Ahad, 1 Mei 2016 5:09 PM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KEMASKINI

PETALING JAYA: Jaguh badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei mencatat satu lagi kemenangannya menentang pemain nombor satu dunia, Chen Long, dan meraih gelaran juara Kejohanan Badminton Asia bagi kali kedua di Wuhan, China, Ahad.

Bekas pemain nombor satu dunia itu mengalahkan musuh ketatnya bagi kali keempat berturut-turut dengan mata 21-17, 15-21, 21-13 dalam perlawanan sengit selama satu jam 22 minit.

Kali terakhir Chong Wei kalah kepada juara dunia dua kali itu ialah pada perlawanan akhir Kejohanan Dunia Jakarta 2015 Ogos lepas, sebelum menumpaskan Chen Long pada Terbuka China, Terbuka Hong Kong dan Terbuka Malaysia pada April.

Pada set pertama, Chen Long memungut tujuh mata berturut-turut setelah ketinggalan 8-11 untuk memintas Chong Wei 15-11, tetapi Chong Wei bangkit semula untuk mengutip enam mata berturut-turut bagi menamatkan perlawanan dengan kedudukan 21-17.

Bagaimanapun, pemain China itu bingaks semula pada set kedua dan memperoleh kemenangan 21-15 untuk memaksa keputusan pertarungan mereka ditentukan dalam set ketiga.

Pada set penentu, pemain kebangsaan kelahiran Pulau Pinang itu memanfaatkan kemahirannya dan meraih kemenangan 21-13, untuk melakar kemenangan kali ke-12 terhadap jaguh China tersebut, yang mencatat 11 kemenangan dalam pertemuan mereka.

Kali pertama Chong Wei, 33, menjuarai Kejohanan Badminton Asia ialah pada 2006, genap 10 tahun lepas dan ini sekali gus menunjukkan tempoh yang begitu lama beliau beraksi di gelanggang kejohanan.

Pada perlawanan separuh akhir pada Sabtu, Chong Wei mengalahkan juara bertahan dan pemenang pingat emas Olimpik sebanyak dua kali, Lin Dan 22-20, 15-21, 21-4, manakala Chen Long dengan mudah mengetepikan rakan senegaranya Tian Houwei 21-14, 21-16.

Kemenangan itu membolehkan Chong Wei meraih hadiah USD15,000 (kira-kira RM58,702).

Tiada pemain Malaysia lain mara melepasi pusingan kedua pada kejohanan itu, yang menawarkan hadiah berjumlah AS$200,000 (kira-kira RM782,700). - Bernama

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan