Pemain Mesir El Sherbini Julang Trofi Juara Wanita Dunia 2016

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2016 6:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain Mesir, Nour El Sherbini menjuarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia NAZA PSA selepas menewaskan pemain England, Laura Massaro pada aksi akhir di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil, Ahad.

Pemain pilihan kelima berusia 20 tahun itu berjaya menjinakkan bintang No.1 dunia itu untuk mencatat kemenangan 6-11, 4-11, 11-3,11-5,11-8 sekaligus mencatat kemenangan kedua ke atas Massaro tahun ini selepas Terbuka Windy di Chicago, Amerika Syarikat, Februari lalu.

Kebangkitan pemain muda ini sukar dihalang untuk bergelar juara selepas turut mengetepikan jaguh skuasy negara, Datuk Nicol David pada aksi suku akhir pada Khamis lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan