Kejohanan Badminton Asia 2016: Chong Wei Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 6:25 PM

Datuk Lee Chong Wei

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal Malaysia yang mengesahkan tempat ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia 2016 di Wuhan, China, Khamis.

Pemain pilihan keempat kejohanan ini mengenepikan pemain Hong Kong, Vincent Wong Wing Ki 23-21 dan 21-12.

Chong Wei yang kini menduduki ranking kedua dunia bakal bertemu pemain Taiwan, Chou Tien Chen selaku pilihan keenam yang menundukkan pemain Jepun, Takuma Ueda 21-18 dan 21-13.

Zulfadli Zulkiffli pula ternyata tidak mampu menghalang jaguh nombor satu dunia Chen Long di pusingan kedua.

Bekas juara dunia remaja 2011 ini tewas mudah 12-21, 10-21 kepada pemain tuan rumah itu yang diletak selaku pilihan pertama.

Chen Long akan bertemu pilihan ketujuh Tommy Sugiarto dari Indonesia yang sebelum itu menyekat kemaraan pemain Thailand, Boonsak Ponsana dengan pungutan mata 21-17 dan 21-9.

Dalam acara beregu, beregu campuran negara Tan Kian Meng/Lai Pei Jing terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada pasangan tuan rumah Zhang Nan/Zhao Yunlei 21-10 dan 21-12.

Oleh itu pasangan pilihan utama itu menempah pertemuan suku akhir dengan pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung/Shin Seung Chan yang menundukkan Praveen Jordan/Debby Susanto dari Indonesia 21-17 dan 22-20.

Beregu wanita utama negara Vivian Hoo/Woon Khei Wei yang mendapat 'bye' semalam gagal mara ke suku akhir selepas tewas kepada pasangan Indonesia Nitya Krishinda Maheswari/Gresysia Polii yang merupakan pilihan ketiga.

Walaupun pada set pertama pasangan negara menang 21-18, namun pasangan Indonesia bangkit di set kedua dan set penentuan dengan memungut mata 22-20 dan 21-11.

Pasangan lelaki negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong turut tersingkir selepas tewas kepada pasangan Jepun Takeshi Kamura/Keigo Sonoda 13-21 dan 18-21.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan