Jin Wei Mara Ke Undian Utama Kejohanan Asia

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2016 8:53 PM

Goh Jin Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pemain perseorangan wanita negara menampilkan aksi cemerlang apabila melepasi halangan peringkat kumpulan untuk mara ke undian utama Kejohanan Badminton Asia 2016 di Wuhan, China pada Selasa.

Juara remaja dunia Goh Jin Wei yang diundi dalam Kumpulan B menewaskan Chen Jiayuan dari Singapura, 21-10, 21-6 pada perlawanan pertama sebelum mengenepikan pemain Sri Lanka, Lekha Shehani 21-11, 21-16.

Pemain berusia 16 tahun itu akan berdepan pemain Jepun, Akane Yamaguchi pada perlawanan pusingan pertama, Rabu.

Seorang lagi pemain negara, Ho Yen Mei juga bertindak cemerlang untuk mengenepikan pemain Kazakhstan, Veronika Sorokina 21-9, 21-13, sebelum mengalahkan Cheung Ying Mei dari Hong Kong 21-17, 21-12 dalam saingan Kumpulan C untuk menempah slot ke undian utama.

Namun Yen Mei, 19, memikul tugas berat apabila diundi berdepan pemain ranking pertama dunia, Ratchanok Intanon dari Thailand.

Dalam kategori beregu campuran pula, pasangan utama negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tersingkir awal selepas tewas kepada Shin Baek Cheol-Chae Yoo Jung dari Korea Selatan di pusingan pertama.

Pasangan negara yang dikejutkan di set pertama apabila tewas 18-21, bangkit di set kedua dengan kemenangan 21-18 namun gagal bertahan pada aksi penentuan apabila tunduk 16-21.

Kekecewaan itu bagaimanapun ditebus satu lagi pasangan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang menyingkirkan beregu Jepun, Kenta Kazuno-Ayane Kurihara 21-14, 21-15.

Tugas berat juga menanti pasangan Kian Meng-Pei Jing di pusingan kedua nanti apabila berdepan pilihan pertama dari China, Zhang Nan-Zhao Yunlei yang mendapat 'bye' di pusingan awal.

Pada Rabu, pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei akan membuka cabarannya menentang Wang Zhengming dari China, diikuti Iskandar Zulkarnain berdepan pemain Taiwan, Tzu Wei Wang manakala Zulfadli Zulkiffli akan bertemu Wei Nan dari Hong Kong.

Pasangan beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong pula dijadual bertemu pasangan Singapura, Terry Hee Yong Kai-Loh Kean Hean manakala Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan menentang Liao Min Chun-Tseng Min Hao dari Taiwan.

Dalam acara beregu wanita, pasangan utama negara Vivian Hoo-Woon Khe Wei akan menentang pasangan tuan rumah Tang Yuanting-Yu Yang pada perlawanan pusingan pertama yang turut berlangsung pada Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan