Hendrawan Harap Iskandar Makin Matang, Jangan Emosi

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 3:21 PM

Iskandar Zulkarnain Zainuddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih badminton perseorangan negara, Hendrawan berharap Iskandar Zulkarnain Zainuddin lebih matang dalam mengawal emosinya ketika perlawanan.

Jelas jurulatih dari Indonesia itu, corak permainan dan prestasi Iskandar semakin meningkat biarpun keputusan terbaharu pemain berusia 25 tahun itu tewas pada pusingan ketiga pada kejohanan China Masters minggu lalu.

"Saya tidak risau dia tewas kerana seseorang pemain itu akan lebih matang apabila kalah. Sebagai pemain, kekalahan adalah perjalanan yang Iskandar perlu terima. 

"Saya sendiri ketika bergelar pemain dulu, selalu tewas sebelum menjadi lebih matang," katanya kepada media pada sesi latihan terakhir skuad negara sebelum berangkat ke Wuhan bagi saingan Kejohanan Badminton Asia (ABC).

Menurut Hendrawan, kejohanan Asia yang bakal bermula pada 26 April hingga 1 Mei ini merupakan medan terakhir mengutip mata kelayakan untuk ke Sukan Olimpik Ogos depan.

"Selain menawarkan mata ke Olimpik ia adalah persiapan akhir buat Iskandar dan pemain-pemain lain bagi menghadapi saingan Piala Thomas (15-22 Mei).

"Iskandar adalah fokus saya kerana dia perlu mencari keyakinan sebelum ke Piala Thomas lebih-lebih lagi dia perlu bijak mengawal emosi. Apabila terlalu mengikut emosi, mereka tidak boleh mengawal fikiran dan boleh mengganggu keseluruhan permainan.

"Dia perlu perlu mengambil pengalaman sebelum ini untuk jadi lebih matang," jelas Hendrawan.

Sementara itu, bekas juara dunia 2001 ini berkata, penyertaan Datuk Lee Chong Wei pada ABC ini bukan sekadar makan angin biarpun beliau sudah layak beraksi di Rio.

"Datuk ada 'standard' nya sendiri. Sudah tentu beliau akan mempamerkan aksi terbaik. Apa yang penting beliau perlu elak daripada mendapat kecederaan.

"Persiapan Datuk semuanya 'ok' untuk kejohanan ini.  Yang penting beliau ada keyakinan dan ada keputusan," tambahnya yang mensasarkan Chong Wei layak ke separuh akhir.

Chong Wei dijangka berdepan pemain tuan rumah Wang Zhengming pada pusingan pertama Selasa ini, manakala Iskandar bertemu dengan pemain muda Indonesia, Jonatan Christie di pusingan kedua selepas bintang Jepun, Kento Momota menarik diri untuk aksi pertama.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan