Delia, Wee Wern Alami Nasib Berbeza Di Pusingan Pertama

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 10:53 PM

Pemain Malaysia Delia Arnold (kiri) ketika beraksi menentang pemain Mesir Mariam Metwally (kanan) pada Kejohanan Skuash Wanita dunia PSA di Pusat Skuasy Negara, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara kebangsaan, Delia Arnold meneruskan kemaraan di Kejohanan Wanita Dunia Naza PSA, selepas melepasi halangan pusingan pertamanya manakala Low Wee Wern, pula mengalami nasib berbeza.

Delia yang juga pemain ranking ke-15 dunia, berdepan cabaran sengit daripada pemain Mesir, Mariam Metwally sebelum menang 12-10, 10-12, 12-10, 11-9 di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil, di sini, Isnin.

Namun Wee Wern, pemain nombor 42 dunia yang diberikan tiket wild card di kejohanan ini, gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada pemain ranking kesembilan dunia, Joelle King dari New Zealand 9-11, 6-11, 7-11.

Delia yang ditemui pemberita selepas perlawanannya mengakui menjangkakan tentangan sengit daripada pemain muda Mesir itu walaupun tidak pernah berdepan lawan tersebut sebelum ini.

"Saya bermain dengan agak baik...berada di depan sebelum hilang tumpuan seketika (di set kedua) tetapi secara keseluruhan, saya percaya mampu melakukan lebih baik daripada ini," katanya.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu berkata beliau akan menjalani sesi pemulihan esok sebelum berdepan lawan sukar yang juga pemain nombor enam dunia,  Omneya Abdel Kawy di pusingan kedua, Rabu ini.

Bagi Wee Wern pula, beliau tetap gembira untuk kembali beraksi selepas pulih daripada pembedahan lututnya.

"Sudah pasti bukan mudah untuk berdepan Joelle, antara 10 pemain terbaik dunia, lebih-lebih lagi ketika saya belum cergas sepenuhnya. Namun, sejujurnya ini adalah kali pertama saya seronok beraksi di gelanggang.

"Lebih-lebih lagi selepas saya terpaksa bertungkus lumus bangkit semula berikutan berehat hampir setahun (akibat kecederaan)," katanya.

Ratu skuasy negara yang juga pemain nombor lima dunia, Datuk Nicol David yang memburu peluang meraih gelaran dunia kesembilannya, akan membuka cabaran menentang juara 2007, Rachael Grinham dari Australia, esok.

Sebagai rekod, Nicol muncul juara dunia pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.--Bernama




Tags / Kata Kunci: Delia , Wee Wern

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan