APO 2016 Mampu Naikkan Semangat Atlet - Lee Chong Wei

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei berkata Anugerah Pilihan Online (APO) yang dianjurkan buat kali pertama pada tahun ini mampu menaikkan semangat atlet negara.

Katanya, dengan adanya kategori khusus yang mengiktiraf atlet tanahair, ia sedikit-sebanyak akan membantu menaikkan semangat beliau dan rakan-rakan lain dalam mempamerkan aksi cemerlang dalam bidang masing-masing.

Katanya, anugerah ini yang membuka peluang kepada netizen dan orang awam mengundi secara dalam talian menunjukkan bahawa media sosial kini menjadi satu platform penting dan berkesan khususnya dalam penyampaian maklumat.

"Saya rasa anugerah seperti ini bagus diadakan memandangkan sosial media adalah medium paling cepat.

"Walaupun pertama kali, saya harap ia boleh berjaya dan boleh dijadikan semangat untuk para atlet juga.

"Sesiapa pun boleh dapat anugerah ini dan ia akan membuatkan atlet akan lebih bersemangat," katanya kepada mStar Online.


Chong Wei terpilih dalam Top 5 kategori Bintang Sukan  Lelaki Pilihan Online bersama empat calon lain iaitu Azizulhasni Awang, Faiz Subri, Mohd Safiq Rahim dan Nazmi Faiz Mansor.

Senarai pemenang akan diumumkan pada malam 30 April menerusi siaran langsung di TV2.

Pengundian calon lima terbaik boleh dibuat secara harian menerusi laman http://apo.mstar.com.my/undi.aspx
Tags / Kata Kunci: APO 2016 , Datuk Lee Chong Wei

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan