Masters China: Iskandar, Liew Mara Ke Pusingan Kedua

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 8:02 PM

Liew Darren

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua wakil negara - Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Liew Darren - meneruskan cabaran Malaysia apabila mara ke pusingan kedua acara perseorangan lelaki Kejohanan Masters China di Pusat Olimpik Changzho, Selasa.

Iskandar, 24, yang juga juara kebangsaan 2015, mengambil masa 31 minit untuk mengenepikan pemain Jepun, Koki Watanabe dengan straight set 21-15, 21-16.

Beliau yang diletakkan selaku pilihan ke-15 kejohanan akan berdepan pemain muda tuan rumah, Zhu Siyuan di pusingan kedua, yang menewaskan pemain Thailand Kandis Wanaroon 21-10, 21-7.

Turut mengiringi Iskandar adalah Liew Daren yang menewaskan pilihan ke-16,Wang Tzu Wei dari Taiwan 21-17, 21-17 untuk menempah pertemuan dengan Ye Binghong dari China.

Ye Binghong mara selepas memperoleh kemenangan percuma daripada wakilnegara, Tan Chun Seang yang menarik diri.

Turut menarik diri adalah bekas juara remaja dunia, Zulfadli Zulkiffli dan Muhammad Arif Abdul Latif manakala Soo Teck Zhi, Soong Joo Ven, Goh Soon Huat dan Goh Giap Chin terkandas di pusingan pertama.

Sementara itu, beregu campuran Tan Chee Tean-Chow Mei Kuan melepasi halangan di dua pusingan kelayakan untuk mara ke undian utama bagi berdepan pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung-Shin Seung Chan. 

Terdahulu, pada pusingan pertama peringkat kelayakan, pasangan negara mengejutkan beregu Taiwan, Wang Chi-Lin-Hu Ling Fang 21-19, 21-17 sebelum mengenepikan gandingan tuan rumah Han Chengkai-Ni Bowen 21-17, 18-21, 21-13 dalam perlawanan kedua peringkat kelayakan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Master China , Iskandar , Liew Darren

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan