Terbuka Malaysia: Aksi Akhir Chong Wei Untuk Juara Ke-11

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 7:35 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah untuk meraih kejuaraan ke-11 Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia apabila mara ke perlawanan akhir saingan itu, Sabtu.

 Chong Wei menempah slot ke pentas akhir selepas mencatat kemenangan mudah 21-7, 21-14 ke atas pemain nombor lima dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark pada aksi separuh akhir berlangsung selama 35 minit di Stadium Malawati.

Pilihan kedua kejohanan itu akan berdepan jaguh China, Chen Long, yang juga pemain nombor satu dunia, pada perlawanan akhir, Ahad.

Chen Long mara ke pentas final selepas terpaksa berhempas pulas menewaskan pemain muda Indonesia, Jonatan Christie 8-21, 21-19 dan 21-14 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Untuk rekod 23 pertemuan, Chong Wei memenangi 11 perlawanan manakala Chen Long berkelebihan satu kemenangan.

"Bertemu Chen Long sudah pasti sengit. Beliau banyak kelebihan seperti ketinggian, jadi saya tidak boleh sentiasa menyerang...perlu juga lebih bertahan.

"Pertemuan antara kami seimbang, ada menang dan kalah. Paling penting, keyakinan diri saya semakin bagus dalam setiap perlawanan dan sasaran saya untuk meraih kejuaraan ke-11," kata Chong Wei.

Chong Wei juga berharap mendapat sokongan padu peminat tempatan untuk membantunya merampas kejuaraan daripada Chen Long, yang merupakan juara bertahan kejohanan tersebut.

Ditanya mengenai trend pemain terbaik dunia seperti Lin Dan, Chen Long dan beliau sendiri yang mudah tewas dalam beberapa kejohanan sebelum ini, Chong Wei berkata menang atau kalah adalah adat perlawanan.

"Sebagai pemain, menang atau kalah itu perkara biasa. Kami sendiri tidak tahu bila kami akan mencapai kemuncak prestasi kerana ia bergantung kepada kecergasan pemain itu sendiri...yang penting perlu bebas daripada kecederaan,"katanya.

Sementara itu, Chen Long tekad menampilkan aksi terbaik bertemu Chong Wei, yang sudah tentu mendapat sokongan padu daripada penyokong tempatan.

"Penyokong Malaysia sudah tentu memberi sokongan padu kepada Chong Wei. Namun, saya berharap penyokong akan dapat menyaksikan perlawanan akhir yang menarik," kata pemain China berusia 27 tahun itu.

Mengenai pertemuan berdepan Jonatan, Chen Long berkata beliau bernasib baikmemenangi perlawanan tersebut, selepas tumpas di set pertama, dan pada satuketika ketinggalan 16-19 pada set kedua, sebelum mencatat kemenangan 21-19. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Terbuka Malaysia

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan