Terbuka Malaysia: Peng Soon-Goh Liu Ying Hampiri Gelaran Juara

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2016 4:54 PM

Pasangan beregu campuran negara Goh Liu Ying (kiri) dan pasangannya Chan Peng Soon meraikan kejayaan setelah menewaskan beregu campuran nombor satu dunia dari China Zhang Nan dan Zhao Yunlei pada peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Malawati, Sabtu.
 Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menghampiri kejuaraan bersejarah apabila melangkah ke final Kejohanan Terbuka Malaysia selepas menundukkan pasangan nombor satu dunia, pada aksi separuh akhir, Sabtu.

Sorakan gemuruh penyokong tempatan di Stadium Malawati di sini, menambah semangat beregu negara itu walaupun tewas tipis set pertama 24-26 kepada Zhang Nan-Zhao Yunlei dari China.

Pujian perlu diberikan kepada Peng Soon-Liu Ying yang tidak berputus asa pada set seterusnya apabila menang 21-15 untuk mengheret perlawanan ke rubber set.

Pertarungan kedua-dua pasangan menjadi lebih sengit apabila masing-masing terus mengejar mata demi mata pada set penentuan, namun tuah memihak kepada pasangan negara apabila menang 21-13, kemenangan pertama mereka ke atas lawan itu selepas tewas 10 kali sebelum ini.

Liu Ying menyifatkan kemenangan itu sangat bermakna apabila kerja keras mereka mahu menumpaskan pasangan nombor satu dunia tersebut berhasil di tempat sendiri.

"Kami tidak pernah menang ke atas mereka, memang saya sangat gembira. Penyokong hari ini banyak membantu menaikkan semangat saya untuk mengalahkan lawan kami hari ini," katanya.

Bagi Peng Soon pula, beliau tidak sangka selepas tewas pada set pertama, beliau bersama Liu Ying berjaya bangkit untuk memenangi perlawanan yang penuh mendebarkan itu.  

Pada aksi akhir Ahad, Peng Soon-Liu Ying akan bertemu beregu nombor dua dunia Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia. Ia satu lagi cabaran besar buat pasangan negara kerana berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, mereka hanya pernah menang sekali di Terbuka China 2012 daripada tujuh perlawanan.

Kali terakhir Peng Soon-Liu Ying ke final Terbuka Malaysia ialah 2013 yang menyaksikan mereka tewas kepada pemain Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christinna Pedersen. -Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan